Mark your calenders!
Konsert Prelude Akademi Fantasia : Sabtu, 21 Mei, 8.30mlm (Siaran Langsung)
Di Konsert Prelude Akademi Fantasia 20 orang peserta yang telah terpilih dari ribuan peserta yang lain akan bersiap sedia untuk menunjukkan bakat masing-masing bersaing untuk terpilih sebagai 12 peserta terbaik untuk menyertai Akademi Fantasia 3. Mereka akan di adili oleh barisan para juri yang hebat untuk menentukan siapakah yang layak untuk meneruskan perjuangan mereka menjadi 12 pelajar untuk memasuki Akademi Fantasia. Tunggu dan lihat sahaja nanti pertarungan hangat ini! Jangan ketinggalan!
Tirai Akademi Fantasia I: Ahad, 22 Mei 2005 (9:30mlm)
Tirai bahagian pertama ini akan memaparkan persediaan 20 orang peserta yang telah terpilih untuk bertanding di Konsert Prelude Akademi Fantasia. Pelbagai kejutan yang dapat anda saksikan. Anda dapat menyaksikan aktiviti-aktiviti menarik yang mereka lalui sepanjang persediaan untuk ke Konsert Prelude.
Tirai Akademi Fantasia II : Ahad, 29 Mei 2005 (9:30mlm)
Tirai bahagian kedua ini anda boleh saksikan persediaan pelajar-pelajar memasuki alam baru iaitu alam Akademi Fantasia selama 10 minggu! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan saat-saat penuh dengan emosi apabila para pelajar terpaksa berpisah dengan keluarga mereka. Anda juga dapat menyaksikan proses - proses latihan teknikal, promosi serta publisiti yang bakal mereka jalani. Sekiranya anda ketinggalan menonton Tirai 2, jangan lepaskan peluang menonton siaran ulangan pada 1 Jun 2005, 12.30 tengahari.
Diari Akademi Fantasia: Isnin-Jumaat, 12 tengahari & 8.30 malam (Mulai 30 Mei)
Diari Akademi Fantasia merupakan dua liputan harian selama setengah jam adalah khas untuk anda para penonton untuk mengenali 12 pelajar Akademi Fantasia ini dengan lebih dekat lagi. Anda dapat mengenali personaliti mereka serta perubahan yang dilalui oleh mereka dalam menempuh dugaan, suka dan duka dalam mencapai impian mereka untuk menjadi realiti. Nantikan kemunculan selebriti istimewa dan pelbagai kejutan yang bakal menghangatkan dan menghiburkan suasana. Saksikan kisah - kisah pahit dan manis dan juga ada yang mencuit hati di Diari Akademi Fantasia. Klik jadual rancangan
Konsert Akademi Fantasia: Mulai 4 Jun, setiap Sabtu, 8.30 malam, (Siaran Langsung)
Konsert mingguan yang diadakan secara langsung dari Stadium Malawati Shah Alam ini akan bakal menunjukkan kebolehan 12 pelajar ini dari segi bakat dan vokal. Di akhir konsert ini anda akan saksikan peserta yang akan terkeluar dari Akademi Fantasia, hasil dari undian anda! Saksikan siapa yang akan bakal menyerlah sebagai bintang di setiap konsert Akademi Fantasia. Klik disini untuk jadual konsert
Imbasan Akademi Fantasia: Mulai 4 Jun, setiap Sabtu, 11.30 malam,(Siaran Langsung)
Aznil Nawawi pengacara yang sensasi lagi hebat akan menjadi hos Imbasan Akademi Fantasia ini. Imbasan ini akan disiarkan selama satu jam secara langsung pada hari yang sama selepas Konsert Akademi Fantasia kecuali pada konsert terakhir yang di rakamkan dan di siarkan pada hari Ahad, jam 1 tengahari. Klik disini untuk jadual imbasan
.
.
.