Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 3 Di Umumkan.
PERSOALAN ramai mengenai siapa Pengetua Akademi Fantasia 3 (AF3), akhirnya terjawab apabila Ketua Program Melayu Astro, Rozina Aziz, minggu lalu mengumumkan M Nasir atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Mohamed secara rasmi dilantik memegang jawatan tertinggi organisasi akademi itu buat musim ketiganya. Soalnya, mampukah M Nasir memberi perkhidmatan lebih berkesan sesudah ia ditinggalkan dengan begitu baik Ramli M S (AF2) dan sebelumnya, Freddie Fernandez (AF1)?
Nasir akan dinilai khalayak apabila siri AF3 memulakan kelasnya pada pertengahan bulan depan. Pada sidang media itu juga, Rozina turut mengumumkan barisan tenaga pengajar AF3 yang terdiri muka baru seperti Marlia Musa sebagai guru seni persembahan, Mohd Fathee Abdullah (guru tari dan kereografi) dan Dr Azahari Othman (pakar motivasi). Tenaga pengajar yang terus dikekalkan khidmat mereka buat musim ketiga ialah Siti Hajar Ismail (guru nada suara), Adnan Abu Hassan (guru vokal), Fatimah Abu Bakar (penasihat pelajar dan guru bahasa Inggeris) dan Linda Jasmine (guru tari dan kereografi).
Buat pertama kalinya juga, Astro memperkenalkan kelas bahasa Inggeris untuk membantu pelajarnya menguasai bahasa itu, sekali gus mampu membawakan lagu berbahasa Inggeris yang bakal dijadikan tugasan pelajar menerusi konsert mereka setiap minggu.
Rozina ketika ditemui berkata, pemilihan Nasir sebagai Pengetua AF3 berdasarkan reputasinya dalam industri hiburan tempatan, bukan saja dikenali sebagai penyanyi dan komposer, sebaliknya juga berkaliber sebagai penulis lirik, pelakon dan pengacara. “Sebelum kita memilih Nasir sebagai Pengetua AF3, kita ada beberapa nama lagi yang berada di senarai akhir. Namun, selepas diteliti reputasi Nasir dalam industri, ternyata dia mempunyai kelebihan, pendedahannya kepada industri, terutama pengalamannya lebih luas. “Selain itu, kami melihat Nasir boleh mengawal selia tenaga pengajar kami kerana dia turut mempunyai pengetahuan dalam bidang berkenaan.
Selain itu, Nasir yang kita kenali sebagai sifu, mampu melahirkan bakat muda yang bakal kita cungkil menerusi AF3. Keupayaannya sebelum ini sudah terbukti,” kata Rozina selepas sidang media di Hotel Hilton Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pun begitu, seperti yang diketahui umum, sikap Nasir yang serius atau dalam erti kata lain, tidak mudah mesra dan kurang bercakap mungkin menyukarkan proses pembelajaran kerana niat pelajar AF3 untuk menganggap Nasir sebagai kawan atau bapa mereka, mungkin terbantut.
Ia jauh berbeza sewaktu Ramli MS menjadi pengetuanya musim lalu, apabila pengarah muzik terkenal itu begitu disenangi pelajar. Apa komen Rozina? “Dalam Akademi Fantasia, sesiapa pun tak boleh sorok personaliti mereka yang sebenar. Tidak dinafikan, M Nasir selalu berada dalam situasi formal. Sama ada Nasir ada sifat seorang kawan atau bapa kepada pelajar AF3 atau mungkin sebaliknya, kita tengok visual yang bakal dipaparkan di kaca TV nanti.
“Buat masa ini saya tak berani nak kata apa-apa, biarlah penonton menilainya,” jelas Rozina lagi. Rozina juga berkata, buat masa ini pihaknya belum memutuskan lagi siapa yang bakal duduk di kerusi pengkritik tetap selepas ‘orang kuat’ radio Era, Kudsia Kahar diberi tanggungjawab itu untuk dua musim berturut-turut. “Kami belum membuat sebarang perbincangan mengenai siapakah yang layak bergelar pengkritik tetap AF3. Mungkin juga Kudsia bakal dikekalkan, namun tiada sebarang keputusan dibuat mengenainya.
Pun begitu, nama Ramli MS juga turut dicadangkan sebagai pengkritik tetap, namun kami belum boleh membuat pemilihan kerana semuanya masih di peringkat perbincangan,” kata Rozina lagi. Tidak lupa kepada imej pelajar AF selepas bergelar artis, Astro juga akan melantik perunding imej untuk menasihati tatahias pelajar baik.
Perunding imej AF3 bakal diumumkan sedikit masa lagi. Siaran pertama AF3 akan bermula pertengahan Mei ini. Kuasa pemilihan pelajar yang bakal tersingkir masih dipegang penonton melalui undian SMS (Khidmat Pesanan Ringkas). Selama 10 minggu, pelajar akan menyertai konsert mingguan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan
Astro@15.
Pengundian untuk pelajar AF3 akan terus diterima sehingga konsert kemuncak pemilihan juara AF3 dijadualkan Ogos ini. Sekali lagi AF3 diaktifkan Hotlink sebagai penaja utama, sementara Era kekal sebagai radio rasmi, manakala Vanilla Coke dan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd dilantik sebagai penaja bersama.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Hiburan/20050425081205/Article/
Kaer of AF2 in Brunei for exclusive dinner show

Fans of Kaer, a finalist of the reality talent show Akademi Fantasia 2, will be glad to know that the artiste will be in the country on April 29.
The artiste is scheduled to make a dinner appearance at the Royal Berkshire Hall, JPCC Polo Club, Jerudong on April 30.
Food vouchers worth $50 and $80 each are still available for purchase by calling 8726556, 8739991 and 8723494, said Hj Johari Pehin Dato Hj Omar, the liaison officer for ZaZi Entertainment, the organiser.
Hj Johari told Weekend Bulletin yesterday that Kaer will have a busy schedule while in the Sultanate. "He will be interviewed live by Radio Kristal at 4.30 pm on April 30 as well as appearing live on Rampai Pagi segment of Radio Television Brunei on the same morning.
"Buyers of $80 food vouchers will also be able to meet Kaer at the Meet-the-Fans session to be held at the Goodview Hotel, Jerudong on April 29 at 4 pm," he said. Holders of all types of food vouchers are entitled to attend the dinner and show by Kaer as well as local artistes like Maria and Zaen, finalists of the Suara Bintang Keputeraan 2004.
Ticket holders will also be able to win lucky-draw prizes and participate in games which be held at the dinner show. Fans of Kaer will also be able to purchase Kaer memorabilia as well as Kaereka products during the show.
Kaereka is a company formed by Kaer himself producing crafts where Kaer is heavily involved in the designing and production of his products such as caps and cushion covers.
At the dinner show, Kaer is expected to sing four or five songs, one of which is from the Xfresh album, a compilation produced by XFRESH FM, a Malaysian radio channel.
In Xfresh, Kaer sang two songs together with other Malaysian budding new artistes as well with Malaysian singer Anuar Zain.
Kaer fans can also answer a quiz on Radio Kristal from April 25 to 30 where 10 lucky callers can win free food vouchers.
Info from Borneo Bulletin
.