
Nampaknya demam semakin menjadi-jadi! Kejutan demi kejutan diumumkan! Pihak Akademi Fantasia telah mengambil keputusan untuk memberikan peluang kedua kepada salah seorang daripada tujuh pelajar yang sebelum ini telah diundi keluar, untuk kembali beraksi di Akademi Fantasia. Kuasa memilih diserahkan 100% kepada anda! Antara EDLIN, FITRI, ANDING, ZARINA, NURUL, LINDA dan MAS; siapakah yang akan diberi peluang kedua untuk kembali berjuang di Konsert Akhir Akademi Fantasia 14 Ogos ini? Jawapannya terletak di tangan anda.
Hantarkan undi AFMASUK anda ke 32999 (Malaysia) dan 8885555 (Brunei) sekarang! Tempoh undian adalah antara detik pengumuman semasa Konsert Akademi Fantasia pada Sabtu, 7 Ogos sehingga detik pengumuman undian ditutup pada Ahad, 8 Ogos melalui "Diari Khas Akademi Fantasia" yang akan ke udara bermula pukul 8 malam.
Jangan ketinggalan untuk bersama hos popular Aznil Nawawi mewawancara kesemua pelajar sambil menantikan saat keputusan dibuat berdasarkan jumlah undian sebelum penghujung program "Diari Khas Akademi Fantasia" program yang akan dibawa secara langsung dari Astro ini. Ambillah peluang ini untuk memberi peluang kedua kepada pelajar kegemaran anda!
Undilah sekarang! Untuk maklumat lanjut serta syarat-syarat dan cara menghantar undian, klik AFMASUK